Salam kepada penghulu hari, Jumaat...
Dengan keaadan yang tengah sarat mengandung (34weeks), suami ku tiada disisi kerana pergi bercuti ke Krabi dengan kawan2nya..Bukan bersedih atau menagih simpati sesiapa bila aku ceritakan ini semua. Aku juga tidak salahkan dirinya kerana pergi dalam keadaan aku macam ni coz dia booking sebelum mengetahui keadaan aku yang mengandung. Sayangkan kalau dah booking tapi tak dapat pergi. Kepada suamiku selamat bergembira ye..
Anak2 ku yang tiga orang juga tiada disisi kerana mengikut tok diaorang ke rumah mak saudara di Melaka. Sunyi memang sunyi tapi aku sentiasa positifkan diri sekurang2nya dengan ketiadaan mereka aku dapat berehat. Kalau tidak aku memang mengaku bahawa aku tak boleh nak kawal mereka yang aktif tu..Kepada anak2 ku selamat bergembira juga ye..
Bila dah tinggal sorang ni aku suka lakukan aktiviti yang paling aku suka iaitu membaca..Sejak dari zaman remaja sampai sekarang aku memang suka membaca. Tak kisahlah sama ada buku yang berunsur keagamaan, majalah kekeluargaan, novel atau apa saja asalkan dapat membaca. Niat dihati ingin sangat mengemas rumah sementara diaorang tak da ni tapi keadaan aku yang selalu sakit aku jadi tak berani nak buat..takut berlaku sesuatu yang tidak diingini pulak.
No comments:
Post a Comment