Assalamualaikum..
Patutlah dua tiga hari ni saya asyik ingatkan abah. Rupanya abah tidak sihat. Pertama kali bila saya memakai telekung sembahyang untuk solat saya nak muka abah. Terkejut saya. Tak sangka selama ni rupanya muka saya mirib abah... SubhanaAllah..Allah Akbar...
Saya sedikit gementar ketika itu. Tak tahu kenapa perasaan itu hadir..Bersoal dengan hati adakah sesuatu yang tidak baik berlaku pada abah. Astaghfirullahalazim....tak baik saya ni..rasa bersalah pulak bila terfikir dah lama rupanya saya tidak menghubunginya.
Malam tadi bila suami menghubungi abah, barulah saya tahu abah dah tiga hari demam. Abah tak berselera nak makan...Ya Allah ampuni aku kerana tak menghubunginya sebelum ini. Sebelum ni bukan tak terfikir untuk hubunginya tapi macam biasalah, nanti...nanti...Akhirnya 'nanti' itu pun berlalu pergi...
Aku rasa antara faktor kenapa abah boleh demam sebab abah kurang rehat. Walaupun dah bersara tapi abah suka sangat berkebun. Di kebun abah ada pokok durian, rambutan, jering dan petai. Sebab lain mungkin abah telah mencabut kesemua giginya. Sebelum ni doktor telah mencabut sikit demi sedikit...Bila dah berusia ni badan pun dah tak kuat macam dulu.
Ya Allah ampuni dosa abahku
Kasihanilah abahku
Panjangkanlah umurnya
Lindungilah abahku dari sesuatu yang tidak diingini
No comments:
Post a Comment