The Beauty Of Breastfeed

The Beauty Of Breastfeed
Susu Ibu Adalah Makanan Semulajadi Yang Dianugerahkan Khusus Untuk Bayi

Tuesday, September 1, 2015

tips untuk banyakkan susu

Kita selalu dengar atau baca, untuk banyakkan susu kita perlu minum banyak air (tp sesetengah pendapat org lama tak setuju terutama kalau dlm pantang walaupun sy sendiri tak setuju). Selain itu kita boleh makan ikan yu, sayur sawi putih,lobak putih ataupun oat. Memang sy amalkan ketika pantang coz dari anak pertama hingga yang ketiga sy mengalami masalah penyusuan. Kolustrum yg dihasilkan mgkn tidak mencukupi utk baby coz saiz baby yang besar. Ni pendapat peribadi, mgkn tidak betul bg pandangan kaunselor laktasi. Apa yang dikatakan dengan masalah penyusuan tu sebab lepas bersalin susu saya memang tak da langsung. Selepas  3 4 hari baru mula keluar sikit2.

Tips terbaru yang sy dapat dari tukang urut (rawatan alternatif di hospital putrajaya),kita perlu blend susu yang kita minum dgn 3biji badam dan 7 biji kismis kuning. tp sy sendiri tak penah buat coz suruh hubby gi beli badam,dia cakap tak jumpa. Kita nak gi cari dah dalam pantang. Sy penah juga bc kita boleh campur dgn kurma. so apa lagi, mana2 yg mengalami masalah penyusuan mgkn boleh mencuba.

info:
Bagi sesiapa yg bersalin di Hospital Putrajaya, kita boleh mendapatkan rawatan mengurut lepas bersalin secara percuma sahaja di pusat rawatan alternatif bersebelahan dgn hospimart (yg jual waffle tuuu). Tp makesure kena cpt2 booking, lepas seminggu dia dah tak nak.

No comments: