The Beauty Of Breastfeed

The Beauty Of Breastfeed
Susu Ibu Adalah Makanan Semulajadi Yang Dianugerahkan Khusus Untuk Bayi

Monday, September 28, 2015

Autumnz Double ZipLock Breastmilk Storage Bag

Autumnz - Double ZipLock Breastmilk Storage Bag (25 bags) *12oz*

Autumnz - Double ZipLock Breastmilk Storage Bag (25 bags) *7oz*
 
•BPA Free
•Double walled to preserve nutrients effectively
•Medical grade material, perfect for safe and extended freezer storage
•Thick laminate to prevent ink leeching
•Pre-sterilised bags to ensure safe feeding
•DOUBLE zipper top to prevent leakage
•No-spill self-standing bottom

harga pasaran rm13.90 tetapi sekarang
1-3 kotak rm12
4-7 kotak rm11
8 kotak keatas rm10

berminat boleh whatsapp ke 01111476696 atau email ke rissa290310@gmail.com

AUTUMNZ BREASTMILK STORAGE BOTTLES

 
PURPLE OWL
TANGERINE GIRAFFE

BLUE ELLIE
 
Green Buzzing Bee

.Lilac Sweeties

Pinky Lamb
FREE GIFTS*- Beli 8 botol PERCUMA 2 botol & 5 pcs Storage Bags Autumnz Double Ziplock Breastmilk
CIRI-CIRI
•Safe & Non toxic (BPA free and Phthalates Free)
•US FDA approved material for safe storage
•Made of 100% food grade polypropylene (PP) for safe & longer storage
•Sesuai digunakan dengan kebanyakan breastpumps (Spectra, Ameda, Autumnz, etc) - boleh terus pam masuk ke dalam botol
•pilihan warna
1.Purple Owl
2.Tangerine Giraffe
3.Blue Ellie
4.Green Buzzing Bee
5.Lilac Sweeties
6.Pinky Lamb
-wassap ke 01111476696 dengan pilihan warna yang diingini.pihak kami akan cuba membalas pertanyaan anda secepat mungkin.

Set termasuk:
•10 x 5oz PP Breastmilk Storage Bottles
•10 x Screw Rings
•10 x Sealing Discs

ONLINE PRICE RM42.00
FREE POSTAGE

Sunday, September 6, 2015

LELONG...LELONG

Assalamualaikum...

Di sini saya ingin lelong beberapa item barangan baby pada siapa2 yang berminat...murah2 je..

FEEDING SET

  • sangat sesuai digunakan untuk baby yang baru mula belajar makan
  • saiznya yang kecil memudahkan untuk baby makan
  • brand MAM
  • harga pasaran rm 15 untuk setiap satu set TAPI sekarang saya nak lelong dengan harga rm10 untuk 2 set.
 
 
  • kainnya agak jarang supaya kita dapat lihat baby dan baby tidak terasa panas
  • nursing poncho dijahit dengan kemas
  • harga pasaran rm45 untuk setiap satu TAPI sekarang saya nak lelong dengan harga rm20 sahaja untuk setiap satu
  • brand fabulous mom

MAM Teethers

gambar 1
gambar 2
gambar 3
Normal Prices: RM33.50 tapi sekarang jangan terkejut ye...cuma RM15.00 sahaja untuk setiap satu teethers ni..

Tuesday, September 1, 2015

tips untuk banyakkan susu

Kita selalu dengar atau baca, untuk banyakkan susu kita perlu minum banyak air (tp sesetengah pendapat org lama tak setuju terutama kalau dlm pantang walaupun sy sendiri tak setuju). Selain itu kita boleh makan ikan yu, sayur sawi putih,lobak putih ataupun oat. Memang sy amalkan ketika pantang coz dari anak pertama hingga yang ketiga sy mengalami masalah penyusuan. Kolustrum yg dihasilkan mgkn tidak mencukupi utk baby coz saiz baby yang besar. Ni pendapat peribadi, mgkn tidak betul bg pandangan kaunselor laktasi. Apa yang dikatakan dengan masalah penyusuan tu sebab lepas bersalin susu saya memang tak da langsung. Selepas  3 4 hari baru mula keluar sikit2.

Tips terbaru yang sy dapat dari tukang urut (rawatan alternatif di hospital putrajaya),kita perlu blend susu yang kita minum dgn 3biji badam dan 7 biji kismis kuning. tp sy sendiri tak penah buat coz suruh hubby gi beli badam,dia cakap tak jumpa. Kita nak gi cari dah dalam pantang. Sy penah juga bc kita boleh campur dgn kurma. so apa lagi, mana2 yg mengalami masalah penyusuan mgkn boleh mencuba.

info:
Bagi sesiapa yg bersalin di Hospital Putrajaya, kita boleh mendapatkan rawatan mengurut lepas bersalin secara percuma sahaja di pusat rawatan alternatif bersebelahan dgn hospimart (yg jual waffle tuuu). Tp makesure kena cpt2 booking, lepas seminggu dia dah tak nak.

Abah...

Assalamualaikum..
Patutlah dua tiga hari ni saya asyik ingatkan abah. Rupanya abah tidak sihat. Pertama kali bila saya memakai telekung sembahyang untuk solat saya nak muka abah. Terkejut saya. Tak sangka selama ni rupanya muka saya mirib abah... SubhanaAllah..Allah Akbar...

Saya sedikit gementar ketika itu. Tak tahu kenapa perasaan itu hadir..Bersoal dengan hati adakah sesuatu yang tidak baik berlaku pada abah. Astaghfirullahalazim....tak baik saya ni..rasa bersalah pulak bila terfikir dah lama rupanya saya tidak menghubunginya.

Malam tadi bila suami menghubungi abah, barulah saya tahu abah dah tiga hari demam. Abah tak berselera nak makan...Ya Allah ampuni aku kerana tak menghubunginya sebelum ini. Sebelum ni bukan tak terfikir untuk hubunginya tapi macam biasalah, nanti...nanti...Akhirnya 'nanti' itu pun berlalu pergi...

Aku rasa antara faktor kenapa abah boleh demam sebab abah kurang rehat. Walaupun dah bersara tapi abah suka sangat berkebun. Di kebun abah ada pokok durian, rambutan, jering dan petai. Sebab lain mungkin abah telah mencabut kesemua giginya. Sebelum ni doktor telah mencabut sikit demi sedikit...Bila dah berusia ni badan pun dah tak kuat macam dulu.

Ya Allah ampuni dosa abahku
Kasihanilah abahku
Panjangkanlah umurnya
Lindungilah abahku dari sesuatu yang tidak diingini

Friday, August 28, 2015

AKU SEORANG DIRI..

Salam kepada penghulu hari, Jumaat...
Dengan keaadan yang tengah sarat mengandung (34weeks), suami ku tiada disisi kerana pergi bercuti ke Krabi dengan kawan2nya..Bukan bersedih atau menagih simpati sesiapa bila aku ceritakan ini semua. Aku juga tidak salahkan dirinya kerana pergi dalam keadaan aku macam ni coz dia booking sebelum mengetahui keadaan aku yang mengandung. Sayangkan kalau dah booking tapi tak dapat pergi. Kepada suamiku selamat bergembira ye..

Anak2 ku yang tiga orang juga tiada disisi kerana mengikut tok diaorang ke rumah mak saudara di Melaka. Sunyi memang sunyi tapi aku sentiasa positifkan diri sekurang2nya dengan ketiadaan mereka aku dapat berehat. Kalau tidak aku memang mengaku bahawa aku tak boleh nak kawal mereka yang aktif tu..Kepada anak2 ku selamat bergembira juga ye..

Bila dah tinggal sorang ni aku suka lakukan aktiviti yang paling aku suka iaitu membaca..Sejak dari zaman remaja sampai sekarang aku memang suka membaca. Tak kisahlah sama ada buku yang berunsur keagamaan, majalah kekeluargaan, novel atau apa saja asalkan dapat membaca. Niat dihati ingin sangat mengemas rumah sementara diaorang tak da ni tapi keadaan aku yang selalu sakit aku jadi tak berani nak buat..takut berlaku sesuatu yang tidak diingini pulak.

Wednesday, August 26, 2015

baby lagi??

Salam ukhwah untuk semua,
Dah lama rasanya stop dari mengepost sebarang produk atau cerita. Terasa rindu pulak untuk bercerita dengan kalian semua...

Nak kata cerita best sangat tu tak da la cuma ingin berkongsi pengalaman mengandung kali ni...Walaupun mengandung untuk kali yang keempat namun pengalaman dan cabaran kali ni nyata berbeza...

Pada trimester pertama mengalami alahan macam orang lain juga..muntah, loya, kerap pening kepala dan selalu rasa lemah.
Cabaran lain apabila kena buat test untuk talesemia, tibi,tiroid termasuklah kena minum air gula. Rasanya aktiviti wajib minum air gula waktu mengandung ni..Alhamdulillah result sentiasa okay.

Dipendekkan cerita bila trimester yang ketiga ni, kena buat test untuk jantung pulak. Pernah sekali hampir pitam bila dengan tiba2 je rasa dada berdebar2...sukar bernafas dan berpeluh2. Panik juga bila jadi macam tu kan..

Apapun doakan yang terbaik ye..Due awal bulan Oktober nanti : -)